Sunday, May 13, 2012

1001 Khasiat Kayu Manis


Serbuk Kayu Manis


Minyak Kayu Manis




Berasal dari: Sri Lanka

Khasiat kepada kulit:
  • Mampu melancarkan peredaran darah serta menyalurkan nutrien ke kulit.
  • Bertindak sebagai antiseptik semula jadi yang boleh membunuh kuman.

Kecantikan:
  • Bahan kecantikan semula jadi.
  • Ejen yang berkesan mengurangkan parut, menghilangkan jerawat dan melegakan kegatalan kulit kepala.
  • Minyak kayu manis + minyak zaitun mampu mengurangkan garis halus pada wajah kerana ia melembapkan kulit, menjadikan kulit lebih lembut dan kurang berkedut termasuk di bahagian hujung mata.
  •  Selain itu, boleh menggantikan pelembap bibir.
  • Membantu merawat jerawat. Disapu nipis sahaja kerana ia agak pedih. Lebih baik bedak sejuk  atau madu disapu terlebih dahulu di tempat jerawat, kemudian barulah serbuk kayu manis.
  • Membersihkan dan menyuburkan kulit kepala dengan cara menyingkirkan kulit mati, seterusnya menggalakkan pengaliran darah di bahagian berkenaan. Caranya: Campurkan sesudu serbuk kayu manis bersama madu & minyak zaitun, kemudian disapu ke kulit kepala sambil mengurut lembut, biarkan 15 minit sebelum syampu.
  • Merawat masalah rambut gugur dan bercabang. Sekiranya digunakan secara konsisten.

Kesihatan & Pemakanan:

  • Mengawal gula dalam darah.
  • Berkebolehan menakjubkan dengan menghentikan jangkitan yis yang gagal dimusnahkan ubatan lain.
  • Mampu mengurangkan percambahan sel kanser leukemia dan limfoma.
  • Apabila ditambah pada makanan, kayu manis dapat menyekat pertumbuhan bakteria dan kerosakan makanan, menjadikannya pengawet makanan semula jadi.
  •  Sumber makanan yang kaya mineral, serat, besi dan kalsium. Dua sudu the kayu manis mengandungi 45.5 peratus mineral, 11 peratus serat dan 5.2 peratus kalsium.
  • Jika dicampur bersama teh hijau, didapati berkesan mengawal berat badan secara semula jadi.
  • Berkesan untuk mengawal kesakitan senggugut.
  • Menu: menyapu kepingan roti dengan madu dan ditabur serbuk kayu manis lalu dibakar untuk dinikmati sebagai sarapan.
  • Rendam kayu manis dalam susu soya suam untuk menambahkan aroma.